SELAMAT DATANG

Selamat Datang ke SMK Agama Bandar Penawar "Sekolah Kluster Kecemerlangan"

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH


Kami Putera Puteri Islam
Bersama Menuju Kejayaan
Berteraskan Iman dan Berpaksikan Al-Quran
Membentuk Keperibadian


Sebumbung Satu Haluan
Sejunjung Mendukung Wawasan
Sekolahku Cemerlang
Sekolahku Gemilang
Disanjung Warisan Berzaman


Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Bandar Penawar
Seluruh Jiwa Raga Dicurahkan
Ke Arah Kecemerlangan


Kepada Ibu Pertiwi
Bersama Kami Berjanji
Diiringi Doa Kepada Ilahi
Beramal Dan Berbakti


Sebumbung Satu Haluan
Sejunjung Mendukung Wawasan
Sekolahku Cemerlang
Sekolahku Gemilang
Disanjung Warisan Berzaman



Lirik dan Lagu
Ustaz Muhamad Alim bin Konting

PIAGAM PELANGGAN



KAMI WARGA SMK AGAMA BANDAR DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :

  • Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berteraskan al-Quran dan al-Sunnah bagi memenuhi kehendak pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
  • Melahirkan pelajar sains muslim yang bertakwa dan mampu menyesuaikan diri dalam suasana yang berubah-ubah.
  • Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih dan dinamik.
  • Melahirkan staf yang beriltizam, berdedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab, terlatih dan produktif.
  • Meningkatkan kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid pada tahap optimum.
  • Menyediakan prasarana dan suasana pendidikan yang mesra, lengkap dan mencukupi selaras dengan perkhidmatan penyayang.
  • Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan – pelajar, ibu bapa dan masyarakat.

MAJLIS PENGURUSAN KOKURIKULUM


MAJLIS PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


MAJLIS KURIKULUM SEKOLAH